Tuesday 23 April 2013

Asal Usul Manusia Berdasarkan Agama Hindu


Hinduism merupakan agama yang kuat pengaruhnya di India dan Nepal. Hinduism merangkumi Shaivism, Vaishnavism dan Strauta serta pelbagai tradisi lain. Amalan dan falsafah Hinduism meliputi dengan luas undang-undang yang berdasarkan karma, dharma dan norma masyarakat. Hinduism ialah gabungan pandangan intelektual dan falsafah yang berbeza dan bukannya satu set kepercayaan yang tidak berubah.
Hinduism mempunyai pandangan-pandangan tersendiri mengenai asal kehidupan, “creationism” dan evolusi.

“Creationism” Hindu mengatakan bahawa semua species di Bumi termasuk manusia telah “devolved” atau turun daripada satu keadaan kesedaran asli (high state of pure consciousness). Ronald Numbers mengatakan :  "Hindu Creationists have insisted on the antiquity of humans, who they believe appeared fully formed as long, perhaps, as trillions of years ago."

“Creationism” Hindu merupakan satu bentuk “old earth creationism.” Pandangan-pandangan ini berdasarkan Vedas yang menggambarkan satu zaman ekstrem alam semesta dan sejarah Bumi.

Kebanyakan penganut Hindu turut menerima teori evolusi biologi. Mitos “creationism” daripada teks-teks agama dilihat sebagai metafora ataupun disokong dengan teori evolusi moden.

Ahli genetik dan evolusi biologi, J B S Haldane, membuat pemerhatian bahawa Dashavataras (ten principal avatars of Lord Vishnu) ialah satu gambaran yang berturut menunjukkan evolusi. Avatar-avatar tersebut kelihatan hampir sama dengan teori evolusi evolusi di Bumi.

No comments:

Post a Comment