Sunday 21 April 2013

Asal Usul Manusia dari perspektif Mesir

Menurut orang-orang Mesir, manusia berasal dari Ra, yang merupakan dewa matahari. Semua betuk kehidupan dipercayai dicipta oleh Ra, yang membawa mereka ke dalam kewujudan dengan memanggil nama rahsia mereka.
Walau bagaimanapun, ada yang mengatakan bahawa manusia dibuat dari air mata dan peluh Ra. Oleh itu, orang-orang Mesir mengelar diri mereka sebagai "Cattle of Ra".

Untuk lebih memahami asal-usul manusia dari perspektif kepercayaan Mesir, kita perlu memahami asal-usul kosmik menuruti orang-orang Mesir. Ini adalah kerana orang-orang Mesir lebih mementingkannya daripada asal-usul manusia.

Bandar-bandar yang berlainan di Mesir mempunyai kepercayaan masing-masing mengenai asal-usul alam semesta. Dalam artikel ini, kita akan melihat kepercayaan bandar Heliopolis kerana hanya mereka yang ada kepercayaan yang menjelaskan asal-usul manusia.

Orang Heliopolis percaya bahawa Atum, yang juga berkait rapat dengan Ra, menciptakan manusia. Pada mulanya, Atum mencipta dewa udara, Shu, dan adiknya, Tefnut. Sebelum dunia diciptakan, Atum berasa berseorangan kerana Shu dan Tefnut dibawa jauh oleh air Nu, yang merupakan hura-hara yang wujud sebelum penciptaan. Atum pun menghantar matanya untuk mencari Shu dan Tefnut, dan matanya berjaya. Apabila Shu dan Tefnut pulang, Atum dikatakan menangis, dan air mata tersebutlah yang menciptakan manusia pertama. Ada juga versi yang lain yang mengatakan bahawa Mata Atum yang menangis dan bukan Atum, menjadikan Mata Atum sebagai pencipta manusia.
Ra
Atum
Mata Atum(Ra) / Eye of Atum(Ra)
Simbol Mata Atum

No comments:

Post a Comment